Hubungi Kami

Kami sedia membantu anda! Sama ada anda ingin mendaftar kelas percubaan atau ingin tahu lebih lanjut, hantarkan mesej kepada kami.

Game-based teamwork project in Roblox environment for kids
Game-based teamwork project in Roblox environment for kids

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah umur yang sesuai untuk menyertai kelas ini?

Program kami direka untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 15 tahun. Setiap modul disesuaikan mengikut kumpulan umur untuk memastikan kandungan pembelajaran sesuai, menarik, dan membina kemahiran.

Apa sebenarnya yang anak saya akan pelajari?

Lebih daripada sekadar bermain, anak anda akan membina kemahiran dalam: Logik & penyelesaian masalah, kreativiti & reka bentuk digital, kerjasama dan lain lain. Semua ini diajar melalui aktiviti berstruktur menggunakan Minecraft Education Edition dan Roblox Studio.

Adakah anak saya perlukan pengalaman terlebih dahulu?

Tidak perlu! Kelas kami mesra untuk pelajar baru.
Tenaga pengajar akan membimbing pelajar langkah demi langkah — sama ada mereka pertama kali bermain atau sudah biasa dengan permainan tersebut.

Bolehkah anak saya sertai pertengahan kitaran kelas?

Untuk memastikan pembelajaran yang konsisten dan seiring kumpulan, kami mengatur pelajar mengikut batch (pengambilan). Pendaftaran baharu biasanya bermula dengan sesi intake seterusnya yang tersedia.

Perlukah kami bawa peranti sendiri (BYOD)?

Untuk kelas fizikal, kami menawarkan pilihan BYOD (Bawa Peranti Sendiri). Atau, anda boleh menyewa komputer riba daripada kami (cas sewaan mungkin dikenakan). Untuk kelas dalam talian, pelajar perlu mempunyai akses kepada komputer di rumah.

Perlukah saya beli perisian atau lesen?

Tidak perlu. Kami akan uruskan semua perisian dan lesen yang diperlukan. Pelajar akan diberikan akses kepada Minecraft: Education Edition atau Roblox Studio seperti yang diperlukan.

Masih ada soalan? Hubungi Kami!

Lokasi Kami

Lawati pusat kami dan alami sendiri suasana pembelajaran yang menyeronokkan, menyokong kreativiti dan perkembangan kemahiran teknologi.

Alamat

Akan diumumkan

Waktu Operasi

Akan diumumkan

Nantikan pengumuman menarik akan datang!